11 April 2012

Raja Berperlembagaan

Utusan Malaysia Online - Rencana

27 March 2012

Jalan Raya Membelah Puncak Bukit

Puncak bukit memang best kalau naik. Pemandangan sekeliling dapat dilihat dari atas puncak tersebut. Sempat juga saya membawa famili untuk berada di atas puncak bukit dengan ketinggian 1000 meter (teman rasa lebih kurang atau lebih). Angin petang sungguh kuat ketika berada di atas puncak bukit tersebut. Itulah orang kata manusia pertama yang meneroka bukit yang setinggi itu memang banyak pahala. Bagi kemudahan pada orang masa akan datang. Orang itu patut diberi penghargaan dengan menamakan bukit tersebut sempena nama dia.






Disebalik bukit tersebut merupakan lautan luas terbentang sehingga menampakkan kapal dagang dari seluruh negara melaluinya. Jarak dari pantai ke laut tempat kapal melaluinya adalah lebih kurang 1 kilometer. Kalau nak memancing di lautan terbuka tersebut kena berdoa banyak banyak kerana alunan ombak yang kuat diselangi awan hitam yang akan menurunkan hujan bersama kilat dan petir. Di tepi pantainya tiada masalah. Tahun 2004 di hujung pantai tersebut difahamkan pernah kena tempias TSUNAMI.

Nak tau apakah nama tempat tersebut........ cari sendiri ..nama dia

Pekena Laksa Janggus, Balik Pulau, Pulau Pinang


Jom pekena Laksa Janggus kat Balik Pulau, Pulau Pinang. Asyik dok dengar cerita orang jer  berkenaan Laksa Janggus sedap. Gua pun nak test jugak . Orang rumah yang beria-ia nak pekena Laksa Janggus tu. Gua pun apalagi. Capai kunci kereta terus pergi ngan famili sambil tunjukkan jalan yang gua pergi kerja hari-hari naik motor ke Balik Pulau. Gua dan famili sempat pekena menu tersebut di sana. Boleh tahan juga laksa dia. Harganya pun o.k.

Disebalik kejayaan Laksa Janggus ni pun ada jugak gua dengar sedikit ceritanya. Cerita ni hanya gua dan orang yang dok Balik Pulau jer saja yang tau. Dipendekkan cerita pengusaha laksa ini dahulu seorang yang susah dan tinggal hanya di rumah papan sahaja tetapi sekarang tengok ... NAH... hasil kejayaannya FULLAMAK .... Itulah orang kata, berniaga lebih untung dari makan gaji. Cuma lambat dengan cepat jer rezeki seseorang itu datang....

Berita Harian Online | Gadis bohong diculik

Berita Harian Online | Gadis bohong diculik

08 February 2012

Cebisan 2011- Cameron Highland

My Famili
Udaranya sungguh segar. Sudah lama saya dan famili tidak pergi ke Cameron Highland. Memandang cuti masih banyak lagi saya mengambil kesempatan untuk bercuti ke Cameron Highland pada hujung tahun lepas. Kabus menyelubungi persekitaran Ladang Teh Boh tempat kami sekeluarga menginap. Free of Charge. Bawa makanan untuk dimasak jer. setel. Kami menginap di situ sebab kakak ipar tinggal di tempat tu. Jadi mudahlah segala urusan. Kebetulan pula hujung tahun lepas mereka sekeluarga akan turun ke bawah untuk memulakan hidup baru kerana berpencen.
Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sebuah famili dari negara Perancis yang datang ke puncak Ladang Teh Boh di Cameron Highland. Sungguh peramah famili dari negara Perancis itu. Beliau mengatakan Cameron Highland ini merupakan destinasi pelancungan yang pertama dilawatinya di Malaysia. Di atas puncak tersebut ada kilang Teh dan tempat Coffee Corner bagi kemudahan pengunjung melepaskan dahaga. Harganya ermmm...ermmmmm... boleh tahan...
Ladang Teh Boh Cameron Highland jam 10 pagi.


Kami sekeluarga juga sempat membeli barangan yang sedap mata memandang. Pantang cantik jer NGAP...... itu anak-anak ku.Bapaknya menten. Tahan nafsu beli. Kalau semua nak beli, bawa 3000 pun licin.



Anakku yang paling kecil sekali masa tu kebetulan tak berapa ceria sebab dia demam. Demam -demam pun bawa juga melilau kat atas ladang yang sejuk tu. 

30 January 2012

Berhijrah ke Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Sudah 6 bulan aku bermastautin di Pulang Pinang. Ini kerana aku telah ditukarkan tempat bertugas. Tempat bertugas ku yang baru adalah di Balik Pulau. Suasana di negeri ini agak kurang sibuk berbanding Kuala Lumpur.Laluan kami sekeluarga ke Pulau Mutiara semasa pergi adalah  melalui Jambatan Pulau Pinang. kami sempat mengambil beberapa keping gambar kenang-kenangan bangunan dan bot-bot mewah yang berada di pulau tersebut.

Kapal Persiaran di Pulau Pinang
Makanan yang lazat sehingga menjilat jari........







 Makanan di sini pun lebih kurang dengan Kuala Lumpur, cuma kalau nak mendapatkan ikar segar agak mudah sedikit. Harga ikan di sini adalah mengikut harga semasa. Ini kerana  kebanyakan penduduk di sini terutamanya di Butterworth, hasil pencarian utama mereka adalah nelayan. Di Pulau Pinang kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi beberapa tempat   pelancungan antara Pantai Batu Feringgi.



Bolehla..... janji dapat. besor ni pun tarikan dia mantap....

Feri
Di Pantai Batu Feringgi sempat juga aku melepaskan gian memancing. Memang best kalau memancing kat sini. Apa tak bestnya?. Anak aku yang tak berapa pandai memancing boleh dapat dulu dari ayahnya. Kami sekeluarga menghabiskan beriadah di Pulau tersebut selama 5 jam. Apabila air mula surut, kami sekeluarga berangkat pulang menaiki feri. naik feri di sini tak perlu tunuggu lama. Lebih kurang 15 minit menunggu, feri pun membukakan mulutnya untuk memuntah beberapa kenderaan yang telah ditelannya.
Beberapa gambar bangunan bersejarah sempat kami rakamkan. Antaranya bagunan Kastam.Hotel-hotel di sini tingginya macam batang pinang.
Tak tahu sebab apa arkitek membuat rekabentuknya sedemikian. Kemungkinan bangunan tersebut berhampiran dengan pantai, untuk memudahkan laluan angin.








Hotel di Pulau Pinang



22 January 2012

Honda Dash RSR

Sekali pandang macam superbike
Tanggal 17 Jan 2012. Pulau Pinang. - Hadir sebuah kekasih gelapku di hadapan mataku. Sekian lama menunggu.Maka lahirlah ia. Yang dimaksudkan dengan kekasih gelapku itu adalah sebuah motosikal Honda Dash RSR . Aku belinya di sebuah kedai di Balik Pulau, Pulau Pinang berdekatan dengan tempat kerja ku. Setelah sekian lama merisik-risik dan pertanyaan dengan Cina kedai. Memang terbukti berkuasa membelah bukit terutama keadaan geografi Balik Pulau yang sentiasa mempunyai jalan yang berbukit dan bengkang bengkok.Gambar yang dipaparkan disebelah adalah bukan warna sebenar motor aku. Warna sebenar motor yang aku miliki adalah warna oren. belum sempat nak upload lagi gambarnya, asyik sibuk memanjang. Kuasa motosikal ini memang hebat. Kalau diikutkan cuma tinggal 1/2 tiang jer dengan Yamaha LC 135 sebab LC ccnya besar. Itu di jalan yang berbukit bukau.
Pandangan sisi hadapan yang sungguh menawan

09 December 2011

Happy Birthday Rania Zara Sofea

Sudah lama isteriku mengimpikan seorang anak perempuan. Setiap kali sembahyang dia tidak putus-putus memanjatkan doa supaya dikurniakan seorang anak perempuan.Sering beliau berkata, apabila dapat seorang anak perempuan kelak beliau akan menjaganya dengan baik. Sedih mendengar perkataan itu. Maka pada penghujung tahun 2007 saya telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Dikesempatan itu saya juga berdoa di hadapan Kaabah akan hajat isteriku yang mahukan seorang anak perempuan. Alhamdullilah setelah dua tahun menunggu, tanda-tanda kekuasaan Allah timbul dan doaku dan isteri ku dimakbulkan Allah S.W.T. Aku sungguh bersyukur kepadaNya. Pada tanggal 16 Julai 2010 lahirlah seorang puteri yang comel yang menjadi penyeri hidup isteriku. Isteriku berhajat sebelum berpindah dari Subang, beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir yang pertama anakku ini. Hajat itu telah ditunaikan dan segala persiapan telah dilakukan termasuk para jemputan.

Anakku yang paling kecil telah menyambut Hari Ulangtahun Pertama pada Julai 2011. Sungguh gembira sekali perasaan hatinya.Abangnya yang selalu mengusik dan sepupu saling menunjukkan keceriaan dan penuh kasih sayang.Upacara memotong kek dimulakan setelah doa di aminkan.
Kek coklat hasil buah tangan isteriku sendiri juga disediakan bagi menjamu para tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Kek Coklat  berperisa blueberry amat enak dimakan.Di masak di dalam microwave oven 1 hari sebelum majlis berlangsung.
Diantara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah terdiri dari sanak saudara, kenalan rapat isteri, jiran tetangga dan rakan sejawat.
Ustaz telah dijemput khas dari Damansara Jaya bagi mengaminkan doa pada majlis kesyukuran Hari Ulangtahun Pertama Rania Zara Sofea. Kini kami sekeluarga telah berpindah  ke Butterworth, Pulau Pinang kerana tuntutan kerja. Kemungkinan, kami akan kembali semula ke Lembah Kelang dalam masa 2 atau 3 tahun lagi Insyaalah. Kenangan tersebut amat bermakna dalam hidup kami sekeluarga.

Nafsu Orang

Ternampak kereta mewah lalu di hadapan mata. Hati sering berkata bila aku nak jadi kaya.Bila aku nak dapat pandu kereta macam tu dan berbagai lagi persoalan yang bertanya di dalam hati. Kenapa kita dijadikan sebegini. Adakah kita mampu melawan takdir dan kekuasaanNya. Sudah pasti tidak. bersyukurlah apa yang anda ada. Cuba kita lihat orang lain. Ada orang yang lebih susah dari kita. Mereka pun mahu hidup seperti kita. Kita hidup dalam kesederhanaan. Malangnya hidup sebegini tidak digemari oleh golongan pertengahan. mereka mahukan lebih dari itu. Untuk menjadi lebih dari itu, seharusnya ia berusaha walaupun terpaksa membanting tulang 4 kerat walaupun bermandikan peluh. Apa semua ini, tidak cukupkah apa yang diberi olehNya selama ini. Usia sudah semakin senja masih mahu mencari kekayaan, masih mahu hiburan dan keseronokan. bawak-bawaklah mendekati diri kepada Allah S.W.T nescaya kita akan beroleh kejayaan dan kegembiraan.

08 December 2011

Jadual Gaji Tahun 2012


Jangan pening-pening dengan masalah gaji.Gaji tak cukup la. Gaji sikit la dan macam-macam lagi masalah melibatkan gaji bagi kakitangan awam. Ia lah dapat gaji bukannya banyak mana pun . Harap gaji tu jer nak setelkan yang itu dan yang ini.Kalau gaji naik, harga barang pulak naik. Itu satu masalah lagi. Walau apapun yang berlaku kerja sebagai kakitangan awam ada jaminan masa depan. Kebajikan sentiasa terbela. Jadi di sini saya sertakan Jadual Pembayaran Gaji tahun 2012 SBPA untuk perancangan perbelanjaan anda.

 Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam
BULAN
TARIKH
PEMBAYARAN
HARI
CATATAN
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis

Mac
22 Mac 2012
Khamis

April
25 April 2012
Rabu

Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu

Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa

Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November
6 November 2012
Selasa
Deepavali13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas 25 Disember 2012

Sumber: Pekeliling Jadual Gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia


lagu

Photobucket

Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong ke 13

Jalur Gemilang

Rukunegara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - Undang
Kesopanan dan Kesusilaan




Rosak Sini Repair Sana

Zaman muda-muda dulu kalau dalam lingkungan umur 21 hingga 26 tahun kalau bawak motor tu tak sah kalau tak cecah satu dua. Tapi aku hairan bin ajaib sungguh la, pomen kat kampung aku dulu kalau repair ekzos motor, dia test dulu motor tu. aku tengok , masa pomen test tu, dia bawak motor tu gear satu dia tengok kanan, lepas tu tukar gear dua aje dia mesti tengok ekzos.

Tapi yang ni peliknya , ada kutu mana tah pergi kedai dia nak tukar seat sebab dah koyak. Pomen tu pun nak test juga. Dah la test bawak, masuk gear dua pun tengok ekzos jugak. Repair tempat lain , tengok tempat lain. Akua rasa satu kampung yang hantar kat kedai dia, semua motor dia dah rasa termasuk pak imam kampung tu jugak.

Tapi dia dah matidah. kedai tu sekarang binidia jaga. Bukan jaga saja, dia pun jadi pomen jugak. Tapi tak test macam laki dia yang dah mati tu.